Pernahkah
terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik
antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan atau di telefon?
Apabila
kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan
suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin
berjauhan.
Bagi
mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk
menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik,
makin terasa sayang.
Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.
Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita. Perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?
Sekiranya
menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita
mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan
dengan kita?
Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?
Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?
Hubungan
ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap
ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan
silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.
– nota Tuan Ibrahim Tuan Man. Semoga bermanfaat!
sumber: tudungsicomel.com
No comments:
Post a Comment